we LOVE mrsm kuantan very2 much!!

this blog is dedicated to our beloved 'maktab'...
and dont forget about cikgu meor!
he had helped us a LOT!
THANKS TEACHER!

Best tak duduk asrama?

Jumaat, 26 Mac 2010

s.e.m. projects!!

the judges had judged our project just now!!nervous!but now.....RELIEF!
we quite happy with our project..
the most IMPORTANT THING IS..
CONFIDENT!!
thanks to all people that help us so much during this period...
THANKS!!

Khamis, 18 Mac 2010

Pelajar ;)

Bagi pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah berasrama pasti mendapati mereka bakal mempunyai kawan-kawan daripada negeri-negeri yang berlainan di seluruh malaysia. Oleh itu kita perlulah menyesuaikan diri dengan mereka dan tidak mengamalkan semangat kenegeriaan dalam diri masing-masing. Bak kata pepatah masuk kandang kerbau menguak masuk kandang kambing mengembek.

Di mrsm kuantan,kebanyakan pelajar tingkatan lima terdiri daripada pelajar-pelajar yang berasal dari kelantan,kebanyakan pelajar tingkatan dua berasal dari terengganu,seterusnya kebanyakan pelajar tingkatan empat berasal dari selangor dan kuala lumpur manakala pelajar kebanyakan pelajar tingkatan satu berasal dari pahang.

Walaupun pada awalnya perbezaan tempat asal ini merupakan halangan bagi kami untuk menyesuaikan diri namun apabila masing-masing sudah mula mengenali antara satu sama lain kami mula rapat dan tidak lagi mengamalkan semangat kenegerian.
Oleh itu sebagai sebagai pelajar kita mestilah saling mengenali antara satu sama lain kerana setiap seorang di antara kita mempunyai kelebihan masing-masing dan kita tidak akan dapat melihatnya jika kita tidak berusaha untuk saling berkawan dan menyesuaikan diri. Jarak dan perbezaan adalah suatu jurang yang boleh merapatkan lagi persahabatan diantara kita dan kitalah yang harus menyedarinya.

Aktiviti Di Sini





























Buat pengetahuan semua, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh maktab kami baru-baru ini. Antaranya adalah hari pendaftaran pelajar –pelajar tingkatan satu dan empat, minggu aktiviti semester satu, hari tamat latihan serta hari sukan olahraga yang julung kali diadakan.

Sebagai persediaan bagi menyambut pelajar-pelajar tingkatan satu dan empat, warga maktab telah bertungkus-lumus dan berusaha keras bagi memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar yang bakal mendaftar serta ibu bapa mereka. Hari pendaftaran tersebut telah berjalan dengan jayanya hasil usaha dan kerjasama semua warga maktab rendah sains mara kuantan.

Minggu aktiviti dimulakan sehari selepas hari pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu dan empat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada minggu aktiviti seperti senam aerobik, islamic musical dan bermacam-macam lagi. Pelajar tingkatan satu dan empat lebih banyak melibatkan diri dengan aktiviti bersama dengan guru dan ahli homeroom masing-masing manakala pelajar tingkatan dua dan lima terlibat dengan persediaan bagi pameran kelab dan latihan kawad kaki.

Hari tamat latihan bagi pelajar tingkatan lima berlangsung pada 23 Feb 2010. Pada hari tersebut semua pelajar tingkatan lima akan menamatkan penglibatan mereka dalam bidang ko-kurikulum. Pertandingan kawad kaki telah diadakan dan dimenangi oleh pasukan Renjer Puteri. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Kadet Polis manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pengakap. Pameran kelab dimenangi oleh kelab Gamelan.

Aktiviti yang menutup minggu aktiviti adalah hari sukan olahraga. Pelbagai aktiviti olahraga telah diadakan seperti lontar peluru,rejam lembing,lompat tinggi,4x100,4x200,100m,200m,800m dan macam-macam lagi. Pasukan Tok sira (hijau) telah memenangi hari sukan dan olahraga dan diikuti oleh pasukan Tok Gajah (biru), Dato Bahaman (merah) dan Mat Kilau (kuning).

FLY over the gate ;)

Fly’ bukannye terbang atau ape-ape yang bersamaan dengan tu la.. tapi fly tu adalah istilah yang digunakan oleh budak-budak yang tinggal di asrama yang membawa maksud keluar tanpa izin atau kebenaran warden atau sesiape je la yang bertanggungjawab menjage keamanan sesebuah asrama..yang peliknye sekarang kenape mereka ni nak fly ha?? Musykil2..

Ramai yang cakap mereka ‘fly’ sebab mereka lapar,tapi kenape mereka lapar? Ok mestilah mereka lapar sebab mereka tak makan.. tapi kenape korang tak makan!! bagi kami mereka ni ‘fly’ bukan semata-mata sebab lapar tapi mereka saje je nak melanggar peraturan sekolah. Kalau nak diikutkan mereka boleh je makan supper dekat dewan makan. Ok maybe makanan dekat dewan makan tak dapat mengisi sepenuhnye tangki perut mereka tapi kan ade makanan yang dijual dekat kafe atau koperasi sekolah, so beli la..

Satu lagi masalah yang mereka cakap diorang hadapi adalah sekolah mereka besar sangat jadi tak larat nak jalan untuk beli makanan dekat kafe atau ‘koop’ sekolah. Yelah mereka kan dah penat lepas study kat kelas waktu prep.. tapi bagi kitorang tu cume alasan je.. sebenarnye mereka MALAS.. tu lah penyakit mereka sebenarnye.. yang peliknye skarang banyak pulak tenaga mereka nak panjat pagar tengah-tengah malam tu kan..
Ok lah kami malas nak cakap banyak-banyak jadi lebih baik kalau kami tanya pendapat korang..

Jadual Kami

RUTIN HARIAN PELAJAR MRSM KUANTAN
HARI ISNIN~JUMAAT




Assalamualaikum pembuka bicara. Inilah rutin harian kami yang harus kami jalani sepanjang kami berada di MRSM Kuantan. Bosan? Itulah kehidupan di asrama tapi jadual harian kita akan lebih teratur. Ada masa untuk belajar. Ada masa tidur. Ada masa main. Ada masa makan. Masa nak solat pun ada. ;) So, hayati lah....

Visi Dan Misi

VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik, ko kurikulum, sahsiah dan keusahawanan.
MISI

*Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kental, patriotik serta penyayang.
*Membentuk pelajar yang memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang mantap.
*Mendidik, membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik serta cenderung kepada sains dan teknologi.
*Membentuk ciri-ciri kepimpinan di kalangan pelajar serta mengasah ketrampilan dalam berbahasa, kesenian dan kemasyarakatan.
*Memupuk minat dan potensi pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.

Sejarah Penubuhan



Maktab Rendah Sains MARA Kuantan telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil.20 Tahun 1996 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Maktab ini didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran peringkat menengah dalam bidang sains dan matematik, kepada pelajar -pelajar yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi terutama sekali mereka yang berminat dalam bidang sains dan matematik disamping membiasakan pelajar-pelajar dengan pendidikan yang berasakan sains dari awal-awal lagi bukan sahaja memupuk perkembangan sains sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia tetapi juga untuk mewujudkan daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka , sihat , luas dan mendalam.

Maktab Rendah Sains MARA mengamalkan satu falsafah yang bertujuan untuk memupuk kecenderungan terhadap proses-proses saintifik di kalangan pelajar-pelajar. Pengajian sains di MRSM tidak dipandang semata-mata sebagai usaha-usaha mengumpul kenyataan sahaaja tetapi dibentuk sebagai satu pengalaman dalam makmal berkaitan dengan konsep-konsep saintifik adalah menjadi tema utama dan pengajian melalui penyelidikan di kalangan pelajar-pelajar adalah prinsip yang penting dalam MRSM.